gadis merah jambu membantu

Friday, November 12, 2010

WARNA DAN WANITA


UNGU
wanita yang suka warna ungu adalah:
seorang yang murah hati,
merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah,
penuh inisiatif,
pandai tapi tidak emosi,
dingin dan kehendaknya meluap-luap,
jarang berjaya.

HITAM
wanita yang suka warna hitam adalah:
seorang yang suka bermurung,
prihatin,
kuat menghadapi petaka apa sahaja,
tidak mudah terpengaruh, 
setia pada suami,
hatinya baik dan mudah tersinggung.

BIRU MUDA
wanita yang suka warna biru muda adalah:
seorang yang suka merendahkan diri,
suka mengalah,
suka berkorban peranan,
cerdas,
pandai dan berotak berlian.

KELABU
wanita yang suka warna kelabu adalah:
seorang yang suka sekali mengelamun,
romantis,
sabar,
tenang tapi hatinya suka mengembara,
suka mengada-ngada dan gosip.

MERAH
wanita yang suka warna merah adalah:
seorang yang berwatak berani,
emosional dan tegas,
tamak serta serakah,
tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
wanita yang suka warna biru adalah:
seorang yang setia pada suami,
senang pegang wang,
kuat kemahuan,
berterus terang dan jujur,
cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
wanita yang suka warna kuning adalah: 
seorang yang amat menyukai ilmu,
gemar membaca,
tekun dan cerdas,
tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
wanita yang suka warna putih adalah:
seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
fikirannya tidak banyak prasangka,
berkata benar,jujur dan rendah hati,
ramah dan bersopan santun,
kuat menerima ilmu,
damai dan berubah alam fikirannya,
suka menolong dan hidup dalam keadaan bertawakal.

COKLAT
wanita yang suka warna coklat adalah:
seorang yang mempunyai sifat keibuan,
suka merendah diri,
sopan dan halus budi,
hatinya sentiasa was-was kerana takut salah,

HIJAU
wanita yang suka warna hijau adalah:
seorang yang subur dan damai,
cintakan kebahagiaan,
tidak suka perang,
patuh pada agama,
teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts