gadis merah jambu membantu

Thursday, November 11, 2010

SEDARLAH WAHAI WANITA...

ADA YANG PAKAI TUDUNG SINGKAT- jalurnya diikat ke belakang, atau diikat ke leher, maka nampak lah kegebuan leher dan dadanya. 
ada yang pakai tudung tapi PAKAI T-SHIRT PENDEK. malah ada yang pakai t-shirt tanpa lengan. sudah tu ketat pula. bukankah lengan itu aurat, bahaya mendedahkan lengan yang gebu itu.yang dasyatnya ada yang pakai t-shirt singkat dan dipadankan dengan jeaans terlondeh, jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam malah kadang-kadang alor bontot.
ada pakai tudung tapi PAKAI JEANS TERAMAT KETAT. alor punggung pon terbelah dua. bentuk bontot pon terserlah. apa nak jadi?
ada yang pakai tudung tapi PAKAI KEBAYA amat ketat. tak cukup dengan tu, pakai kain koyak pula. apabila berjalan terserlah lah kegebuan betis malah kadang-kadang paha pun tersembur.
ada yang pakai tudung, tapi PAKAI KAIN SINGKAT. kaki bukan aurat ke? pakai la stokin.
ramai perempuan pakai tudung, tapi BERMAKEUP TEBAL DAN WANGIAN. bibir merah menyala, menunjukkan aksi seksi pula.
ada perempuan bertudung, tapi MERENDEK PULA DENGAN BF. di bangku stesen bas dan pusat beli belah. ini menjatuhkan imej wanita bertudung. 
ramai perempuan suka pakai KASUT TUMIT TINGGI. apabila berjalan bunyi lah tang, tang, tang. khatib memberitahu, tidak boleh timbul bunyi yang menaikkan syahwat lelaki. berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat ramai wanita tidak memahaminya, ini kerana lelaki dan perempuan tidak sama dari segi biologi keinginannya. 
lelaki mudah sahaja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia., itu tidak benar sama sekali. 
seorang rakan saya memberitahu satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya 30kali sehari. ini sudah semula jadi. bukan dibuat-buat. jadi bukan suatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan. 
itu normal, jadi untuk selamat dunia dan akhirat lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. ikut saranan Al-Quran dan hadis yang disampaikan ilmuan agama. 
lelaki dan perempuan ikut sahaja Al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

NAK SERIBU DAYA.... TAK NAK SERIBU DALIH....
PANDAI-PANDAILAH NANTI JAWAB DAN BERDALIH DI HADAPAN ALLAH NANTI....
TAK TAKUT KER?????

CANTIKNYA DIA.....

cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik,
cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah,
cantik seorang wanita itu sebagai hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum adam,
cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan,
cantik seorang wanita itu sebagai isteri merempuh badai di sisi suami,
cantik seorang wanita itu sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai,
cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai anak dikala suami menjalin mimpi,
cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua,
cantik seorang wanita itu sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu cicit,
cantik seorang wanita itu sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara,
cantik seorang wanita itu sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf,
cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi professionalis, 
cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah diatas sejadah.

INILAH PAKAIAN WANITA MUSLIMAH

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat lelaki. bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ia ada hubungan pula dengan hasutan syaitan. 
jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan Rasulnya dan menjauhi laranganNya. 
pada mata lelaki, wanita ini adalah simbol. orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

apabila seorang lelaki melihat perempuan maka: 
  1. perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. maka akan ditafsirkan berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. oleh kerana itu lah wanita wajib menutup rambutnya. 
  2. apabila rambut wanita itu telah ditutup maka mata lelaki itu akan turun kebawah. melihat bentuk lehernya. maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 
  3. maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya. maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. 
  4. setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggang nya. maka labuhkan lah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.
  5. maka lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaian nya agar bentuk punggung tidak kelihatan. 
  6. dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya maka jangan lah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walau sedikit.
  7. dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula maka jangan lah wanita itu berseluar kerana terus terang pihak lelaki itu bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar walau nampak besar sedikit nafsu lelaki akan terusik secara spontan. 
  8. mata lelaki ini nakal, setelah tidak nampak akan bentuk kakinya maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu akan kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa menutup kakinya dengan melabuhkan kain atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan. 
  9. maka mata lelaki ini akan kembali keatas akan melihat pula bentuk tangan wanita itu maka tolong lah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangan nya yang indah pada pandangan lelaki. maka wahai lelaki, jangan lah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulakan fitnah kecuali jika kamu wahai lelaki ingin meminangnya. jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdah lah kamu jika itu lebih baik untuk kamu. 
  10. tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit iaitu mata itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. jika hendak pakai pon, pakailah untuk suami. 
itulah wahai muslimah jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. jangan keluar seorang dir, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia dan akhirat. 

Popular Posts