gadis merah jambu membantu

Thursday, November 11, 2010

INILAH PAKAIAN WANITA MUSLIMAH

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat lelaki. bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ia ada hubungan pula dengan hasutan syaitan. 
jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan Rasulnya dan menjauhi laranganNya. 
pada mata lelaki, wanita ini adalah simbol. orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

apabila seorang lelaki melihat perempuan maka: 
  1. perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. maka akan ditafsirkan berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. oleh kerana itu lah wanita wajib menutup rambutnya. 
  2. apabila rambut wanita itu telah ditutup maka mata lelaki itu akan turun kebawah. melihat bentuk lehernya. maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 
  3. maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya. maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. 
  4. setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggang nya. maka labuhkan lah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.
  5. maka lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaian nya agar bentuk punggung tidak kelihatan. 
  6. dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya maka jangan lah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walau sedikit.
  7. dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula maka jangan lah wanita itu berseluar kerana terus terang pihak lelaki itu bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar walau nampak besar sedikit nafsu lelaki akan terusik secara spontan. 
  8. mata lelaki ini nakal, setelah tidak nampak akan bentuk kakinya maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu akan kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa menutup kakinya dengan melabuhkan kain atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan. 
  9. maka mata lelaki ini akan kembali keatas akan melihat pula bentuk tangan wanita itu maka tolong lah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangan nya yang indah pada pandangan lelaki. maka wahai lelaki, jangan lah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulakan fitnah kecuali jika kamu wahai lelaki ingin meminangnya. jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdah lah kamu jika itu lebih baik untuk kamu. 
  10. tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit iaitu mata itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. jika hendak pakai pon, pakailah untuk suami. 
itulah wahai muslimah jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. jangan keluar seorang dir, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia dan akhirat. 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts