gadis merah jambu membantu

Saturday, March 5, 2011

APA YANG KITA FAHAM TENTANG PERSAHABATAN???

assalamualaikum...

sahabat sering difahami sebagai teman, kawan, sobat, nyapang, jalis, handai, sekutu, taulan, rafik, syarik, dongan, alif, kenalan, konco, rakan, saing ataupun saudara. setiap maksud yang difahami membayangkan kita dengan sifat keintiman atau kebersamaan antara satu sama lain.


maksud yang kedua pula adalah sebagaimana yang diungkapkan kepada para sahabat Nabi. iaitu sahabat dengan maksud pengikut ataupun murid. lalu setiap orang islam yang mengikuti dan menerima didikan daripada Nabi pada zaman itu dipanggil sebagai sahabat. 


menunjukkan betapa agungnya dakwah Nabi itu dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat islam zaman itu. para ulama mendefinasikan sahabat sebagai seorang yang hidup pada zaman Nabi dan mati dalam keadaan islam. walaupun hanya sekali sahaja pernah berjumpa dengan Nabi, beliau tetap dianggap sebagai sahabat. ini kerana agungnya Nur Muhammad itu menjadikan sekelilingnya juga turut disinari dengan keagungannya. 

namun, itu berlaku pada zaman Nabi, ia berbeza dengan zaman kita. dimana tidak semua yang kita lihat bersama itu sebagai pasangan yang bersahabat. begitu juga dengan setiap kelompok yang ketawa itu sebagai satu kelompok yang saling bersahabat di antara satu sama lain. 

hubungan sesama manusia hari ini mempunyai peringkatnya. tidaklah setiap ungkapan yang berkaitan dengan sahabat ataupun kawan, teman, rakan dan sebagainya itu sama maksud dan nilainya.

akhirnya segala ungkapan itu boleh tersusun mengikut keintiman dan ikhlasnya hubungan seseorang. iaitu daripada kenalan kepada teman. teman kepada kawan. kawan kepada rakan. rakan kepada sahabat. seterusnya sahabat kepada kerabat.


meningkatnya kedudukan hubungan itu bergantung pada nilai-nilai keikhlasan dalam menjalinkannya. begitu juga dengan pengalaman yang dilalui bersama. suka duka dan juga tempoh dia menjalin perhubungan itu. semakin tulus ikhlas hati kedua-duanya, semakin baiklah hubungan itu. semakin banyak pengalaman dan suka duka yang dilalui bersama, semakin rapatlah hubungan mereka. 

begitu juga dengan tempoh persahabatan yang sekian lama sehingga tidak mudah lagi untuk dipisahkan. akhirnya semakin banyak kita melalui perkara-perkara suka-duka bersama-sama. semakin cepatlah hubungan yang dimulai dengan perkenalan itu meningkat membentuk sebuah persahabatan atau kerabat. 

wassalam...[gadismerahjambu]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts