gadis merah jambu membantu

Monday, November 15, 2010

DASAR PEMILIHAN ISTERI...


Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. 

oleh itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. antaranya:
~ perempuan yang taat beragama.
~ berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya.
~ perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.
~ sekufu atau hampir sekufu.
~ masih gadis atau anak dara.
~ pasangan bukan daripada keluarga terdekat.


"DUNIA ADALAH PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADLAH WANITA SOLEHAH"

KENAPA WANITA SUKA MENANGIS?

suatu ketika ada seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya " ibu, kenapa ibu menangis?" ibunya menjawab "kerana ibu seorang wanita." "aku tak mengerti." kata si anak lagi. ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "nak, kamu memang tak akan pernah mengerti" 

kemudian anak itu bertanya kepada ayahnya "ayah, kenapa ibu menangis?" "ibu menangis tanpa sebab yang jelas" sang ayah menjawab. "semua wanita sering menangis tanpa alasan" hanya itu jawapan yang boleh diberikan ayahnya.

sampai kemudian anak itu besar menjadi remaja. ia tetap bertanya-tanya, kenapa wanita menangis. hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Allah "Ya Allah, kenapa wanita mudah sekali menangis?"


dalam mimpinya dia merasakan seolah-olah Allah menjawab "saat kuciptakan wanita aku membuatnya menjadi sangat utama. kuciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur."
"kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahir dan mengeluarkan bayi dari rahimnya. walau kerap berulang kali ia menerima cerca dari anaknya itu kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."
"kepada wanita kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah tanpa berkeluh kesah."

"kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apa pun. walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan kepada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

"kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

"kuberikannya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi."

"dan akhirnya ku berikan air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. inilah yang khusus diberikan kepada wanita agar dapat digunakan bilapun ia inginkan. hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walaupon sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan."



NILAILAH SENDIRI...


UJAR LELAKI WANITA ITU LEMAH...
ujar wanita mereka adalah lembut...
antara lemah dan lembut, besar perbezaan...
namun ada yang tidak rela mengakuinya...
telah ditakdirkan, kerana lembut wanita...
tidak suka pertengkaran, kecuali jika terpaksa...
lalu wanita pun diam...
diam seolah-olah menerima...
dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan...
dalam diam, wanita terus terusan bekerja...
di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri...
dari sebelum tergores garis putih disubuh hari...
hingga jarum jam tegak bertindih jari...

LELAKI YANG MENGAKU KUAT, SEKELIP MATA SARAPAN TERHIDANG...
apabila pulang dari kerja, di sofa longlai terlentang...
isteri dikatakan lemah, bergelut didapur memasak...
suami yang mengaku gagah, bersantai dihadapan tv tidak bergerak...
selesai memasak wanita menguruskan anak-anak...
menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak...
lelaki keletihan kerana memandu dijalan yang sesak...
beristirehat menonton tv sambil tergeletak...

dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba-lumba dengan masa...
memandikan anak, melipat pakaian, dan membasuh baju...
kaki tangan semua digerakkan dengan laju...
menyiram pohon-pohon bungan yang makin layu...
sebelum solat maghrib untuk sujud, menyembah yang SATU...
makanan dihidang selepas solat...
selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji...
sedangkan suami tersandar semula seperti tadi...
sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji...

dalam diam, semua kerja rumah segera diselesaikan...
lelaki terpelajar sekelip mata, ingin menghapuskan diskriminasi...
lantang membela nasib wanita...
memberi kesedaran supaya segera bangkit...
meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi...

hukum agama telah terpapar...
tugas isteri mengemas rumah menjaga anak...
membasuh pakaian, menyediakan makanan...
jika isteri tidak terdaya melakukannya...
seorang pembantu wajar disediakan...
lelaki yang hanyut dalam keasyikan...
tidak mampu menerima perubahan...
rela bertahan bagaimana jua...
asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati...

dalam diam...
wanita yang sering dianggap lemah...
meneruskan hidup dengan segala kekuatan...

kekayaan yang paling kaya adalah akal...
kemiskinan yang paling besar adalah jahil...
keburukan yang paling bodoh adalah sesat...

tak perlu mencari teman secantik balqis...
jika diri tak seindah sulaiman...
mengapa mengharap teman setampan yusuf...
jika kasih tak setulus zulaikha...
tak perlu diri menjadi seteguh ibrahim...
jika tak sekuat syaroh...
mengapa didamba teman hidup seistimewa khadijah...
jika diri tak sesempurna Rasulullah...


tak guna ada mata kalau tak dapat melihat...
tak guna ada hati kalau tak dapat menilai...



KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN

"..ish perempuan ni memang tak boleh di harap. suruh buat kerja semua tak boleh." rungut si Adam.
"memang perempuan ni lemah. kami tak mampu buat apa-apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.

sesungguhnya setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. dan kadang-kadang mungkin menjangkaui logik akal makhluknya. sebab itu lah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini. "kenapa kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan diatas muka bumi ini?" Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat, "sesungguhnya aku tahu apa yang kamu tidak tahu" 


jika difikirkan samalah juga dengan penciptaan jantina lelaki dan perempuan. ada hikmah disebalik kejadian ini semua. masing-masing punya fitrah peribadi masing-masing. lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. perempuan pula dikenali dengan kelembutan dan emosi yang tinggi namun, PERSOALANNYA, BILA ITU KEADAANNYA, ADAKAH MARTABAT PEREMPUAN ITU DIRENDAHKAN OLEH ALLAH? ADAKAH BERMAKNA SESIAPA YANG DICIPTAKAN SEBAGAI WANITA MAKA DIA ADALAH MAKHLUK YANG LEMAH???


sedarlah..wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi lembut. dan kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. malah ia adalah lambang kecantikan dan moleknya wanita tersebut.. cuma kadang-kadang mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini mermain difikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka berharga. golongan ini lupa bahawa sesungguhnya disebalik kejayaan seorang lelaki, punya wanita disebaliknya..




saya pernah mendengar kata-kata daripada seorang sahabat tentang tuan guru nik abdul aziz. menteri besar kelantan. mungkin masyarakat melihatnya hebat, namun, ramai yang tidak mengetahui disebalik kehebatannya. dia sebenarnya ditampung dan di sokong oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. boleh rujuk buku baru "bidadari dari timur" untuk maklumat lanjut. kita lihat Rasulullah sendiri di awal islam itu dibina siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya Saidatina Khadijah. hebatnya insan yang bernama Khadijah ini sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.


jadi adakah benar perempuan ini lemah? jika perempuan tiada lelaki juga tidak teratur hidupnya, bahkan mungkin lelaki juga akan menjadi lemah. cuba kita bayangkan jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak ke kelam kabut dunia ni jadinya?? sebenarnya wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga cuma mungkin mereka terlupa bahawa diri mereka sangat berharga. sedarlah wahai wanita...

Popular Posts