gadis merah jambu membantu

Friday, April 1, 2011

Berkatalah Benar Walaupun Pahit...

Walaupun sikap benar sesama manusia itu banyak menghasilkan kebaikan, terutama sekali dalam aspek komunikasi dan pergaulan. Sebab itu lah nilai-nilai agama banyak memerintahkan dan menggalakkan supaya manusia itu berlaku benar dalam apa pun yang sering dia lakukan.

Tidak ada manusia yang suka diperlakukan tidak jujur atau pun ditipu. Inilah fitrah semula jadi manusia sejak dilahirkan. Kerana itulah agama mengutuk dan melarang sifat tidak jujur atau penipu. Ia bukan hanya semata-mata sebagai kehendak Tuhan untuk setiap hamba melakukan kebenaran. Tetapi ia adalah sesuatu yang terbaik dan diingini oleh setiap manusia.

Di dalam persahabatan, berlaku benar itu sering diperhatikan bahkan menjadi salah satu faktor untuk melabel atau mengiktiraf seorang teman itu sebagai seorang sahabat kita. Ini kerana persahabatan adalah hubungan yang memerlukan rasa saling memahami antara satu sama lain.

Justeru, daripada sikap benar itu lah seorang sahabat akan berusaha untuk memahami kehendak temannya. Sekiranya salah seorang daripada mereka tiada sikap untuk sentiasa berlaku benar, sememangnya adalah sukar untuk dia mendapat perhatian daripada sahabatnya supaya difahami mengenai perihal dirinya.



Seseorang itu sekiranya hendak memahami sahabatnya perlu dengan bertanya secara terus terang, memerhatikan sikap, perlakuan, bahasa tubuh badan, mimik muka, dan sebagainya. Semua orang mahu difahami supaya kehendaknya dapat dipenuhi. Setiap orang juga mahu diberikan perhatian supaya perasaannya lebih selesa.

Berlaku benar itu perlu ada dalam setiap yang kita lakukan. Termasuklah apa yang merangkumi tindakan dalam bentuk kata-kata, tindakan, perbuatan dan sebagainya. Kerana apa yang kita inginkan daripada seorang sahabat adalah perhatian dan pemahamannya tentang apa yang kita inginkan. Sekali gus berlaku benar itu memudahkan sahabat untuk memahami serta memberi peluang kepadanya untuk berbakti dan membantu sedaya-upaya.

Friday, March 25, 2011

BALASAN DARIPADA PERTOLONGAN

ada tiga sudut ganjaran yang jelas dapat kita perhatikan yang terkandung di dalam kebaikan membantu ke arah kebaikan itu. 

PERTAMA: ganjaran pahala terhadap seorang pembantu kerana dia menyahut suruhan tuhan dan rasulnya yang juga merupakan hukum syariat daripada agama. 
perbuatan itu menjadi satu tindakan yang diredhai tuhan dan menjanjikan kebaikan kepada makhluk lain serta diri sendiri.

KEDUA: ganjaran pahala bagi si pelaku yang menerima galakan serta bantuan untuk melakukan kebaikan itu daripada sahabatnya. 
kedua-duanya adalah merangkumi ganjaran secara peribadi.

KETIGA: si pembantu atau penggalak memperoleh pahala yang sama seperti pahala si pelaku kebaikan. 
ini adalah kerana dia menjadikan salah satu sebab yang mendorong si pelaku melakukan sesuatu kebaikan. ganjaran ini merangkumi pahala yang kita peroleh daripada apa yang dilakukan oleh orang lain. 

daripada 3 sudut ganjaran pahala tadi, dua bahagian adalah bagi seorang sahabat yang sentiasa membantu, mendorang dan menggalakkan ke arah kebaikan. ganjaran pahala daripada tindakan baiknya diri sendiri dan ganjaran pahala daripada tindakan sahabat yang dibantunya itu. baki daripada sudut ganjaran pahala yang satu itu lah diperoleh oleh si pelaku. itulah yang sepatutnya dijadikan sebagai perangsang untuk kita melakukannya iaitu mengharapkan keredhaan dan ganjaran daripada tuhan.

ahli bijak pandai ada mengatakan "ORANG YANG MENUNJUKKAN UNTUK BERBUAT KEBAIKAN , PAHALA ADALAH SAMA DENGAN PAHALA ORANG YANG MENGERJAKANNYA" seorang mukmin adalah cermin badi yang lainnya. orang yang menasihati adalah penyelamat dan orang yang dinasihati adalah orang yang diselamatkan. 

abu bakar as-siddiq berkata yang bermaksud "ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN ITU ADALAH ORANG YANG MEMERANGI KEJAHATAN. DEKATILAH MATI PASTI IA AKAN MEMBERIKAN KEHIDUPAN KEPADAMU. JIKA KEBAIKAN ITU TERLEPAS DARIPADA DIRIMU, MAKA KEJARLAH IA. JIKA ENGKAU MENEMUI KEBURUKAN, TINGGALKAN LAH IA. PERBAIKILAH DIRIMU NESCAYA SEMUA ORANG AKAN BERBUAT BAIK PULA KEPADAMU."

ali pernah berkata yang maksudnya "IMAN SESEORANG BELUM DAPAT DIKATAKAN BENAR SELAGI DIA BELUM MENEMPATKAN KEPANTINGAN TUHAN DI ATAS KEPENTINGAN DIRINYA. ORANG YANG MENAG DIDALAM KEJAHATAN ADALAH SAMA DENGAN ORANG YANG KALAH. ORANG YANG MENCEGAH DIRI UNTUK TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA MELAKUKAN KEBENARAN ITU SENDIRI."

Sunday, March 6, 2011

tolong-tolong kawan...

assalamualaikum...

agama sejak awal-aawal lagi menunjukkan cara pergaulan dan persahabatan yang sepatutnya. sebagaimana hidup tolong menolong sesama manusia itu digalakkan, di sebalik galakan itu masih terdapat batas-batasnya. itulah yang menunjukkan kesempurnaan agama sebagai agama wahyu mendidik jiwa manusia. 


memberi pertolongan kepada seseorang itu adalah dituntut supaya hubungan komuniti sesama manusia terutamanya antara kawan-kawan itu menemui keharmonian yang berpanjangan.

namun kita perlu berhati-hati dengan setiap pertolongan yang diberikan. jangan sampai pertolongan itu menggalakkan kepada perkara-perkara yang berlawanan dengan norma-norma kemanusiaan. seperti yang banyak terjadi pada hari ini adalah MENOLONG ORANG YANG NAK MENIPU ORANG. 


sememangnya bantu membantu itu adalah tindakan yang baik. kita perlu menjaganya supaya perbuatan baik dan suci itu tidak dicemari dengan perbuatan jahat secara tidak disedari. 

sebab itulah pentingnya kita memilih kawan. ia bukan untuk membeza-bezakan status kedudukan sesama manusia. ini adalah kerana dasar memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri. 

sepertimana yang terdapat dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud, " jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan. serta berpalinglah daripada orangorang yang bodoh." 

sekiranya sahabat kita terdiri daripada pencuri, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan terikut sikap buruknya itu. mungkin permulaan melibatkan diri bermula daripada niat ingin membantu.


orang yang biasa mencuri ini susah untuk meninggalkan tabiatnya. seolah-olah itu adalah pekeerjaannya. justeru daripada kebiasaan dan pekerjaan itu, ia akan mendesak lumrah persahabatan yang suci serata baik ini kepada keadaan yang sebaliknya. 


kawan yang baik ini ada masanya sehingga tidak mampu untuk mengelak memberikan bantuan kepada si pencuri tadi. ini kerana persahabatan itu ibarat isi dengan kuku. masalah yang dihadapi oleh si pencuri itu turut dirasai oleh sahabatnya yang memang baik.

setiap orang pasti akan menemui sesuatu keadaan yang mendesak ke arah pertolongan. setiap orang juga pasti menemui keadaan yang mendesak untuk memberikan pertolongan. sekiranya si pencuri diburu polis, kawan yang manakah sanggup menyerahkan si pencuri ini. apatah lagi sekiranya itulah satu-satunya sahabat yang paling intim. 

tidak ada pula kawan yang sanggup melihat temannya kesusahan, terbunuh ataupun dianiaya walaupun temannya itu sendiri yang mula melakukan kesalahan ataupun menjadi sebab dia mengundang sesuatu kecelakaan. ini adalah lantaran wujudnya perikemanusiaan di dalam jiwa seseorang. bertambah kuat lagi sekiranya ia diiringi dengan semangat setia kawan. 


buruknya kesan membantu di dalam perkara yang mungkar juga melibatkan sudut pembentukan jiwa seseorang. kewajipan seorang sahabat kepada sahabatnya adalah memperbaiki dan memperbetulkan apa yang salah serta menambahkan apa yang kurang dalam diri sahabatnya.

pertolongan ataupun galakan untuk melakukan kejahatan sebenarnya lebih menghanyutkan sahabat kita malah diri kita sendiri juga mampu terhanyut mengikut arusnya. peranan seorang sahabat itu sebenarnya terhapus setiap kali dia membantu untuk melakukan kejahatan. 

sesetengah orang membantu dengan niat ikhlas demi sahabta sejatinya tanpa memikir perkara sebenarnya yang berlaku. dengan bantuan itu si sahabat akan terus menerus untuk hanyut melakukan kejahatan. manusia itu sifatnya semakin agresif dan bersemangat pada setiap kali tindakan perbuatannya digalakkan dan disokong. 


sedarilah, tidak semestinya setiap pertolongan itu menjadi penawar bagi kedukaan dan kesusahan sahabat kita. sekiranya ia dilakukan ke arah tujuan yang tidak baik, ia adalah racun kepada sahabat kita malah racun itulah juga yang akan menular kepada diri kita sendiri. 

mungkin dengan bantuan kita ke atas seorang sahabat yang zalim, ia bakal menganiaya lebih ramai orang yang tidak kita kenali. jangan kerana membantu seorang yang zalim, lebih daripada seorang yang lain akan dizalimi. 

pertolongan itu akan disoal oleh tuhan mengenainya. tentang adakah pertolongan kita yang melibatkan harta, tenaga dan sebagainya itu disalurkan ke jalan yang sepatutnya ataupun tidak.


apa yang perlu adalah sebaliknya. saling bantu membantu ke arah kebaikan. setiap kali kita melihat teman mahu melakukan suatu kebaikan, justeru hulurkanlah bantuan. sekiranya tidak dengan bantuan kewangan, bantulah dengan kata-kata perangsang ataupun sekurang-kurangnya memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya. 

kita perlu memilih salah satu daripada jalan pertolongan yang kita mahu berikan. sekiranya kita memilih untuk membantu kejalan kebaikan, ia menjanjikan ganjaran yang setimpal dan berganda kepada kita. 

banyak perkara yang seing kita rasakan ia kecil lalu dipandang remeh ataupun tidak diambil berat ke atasnya. membantu kearah kebaikan itu nampak kecil tetapi kesannya begitu besar dalam mempengaruhi kehidupan bermasyarakat.

selain daripada kesannya di dalam mendidik orang lain untuk melakukan kebaikan, di sebalik itu juga kita sebenarnya mendidik diri sendiri untuk turut melakukannya. didikan itu terhasil daripada dorangan dan sokongan melalui pertolongan. 

wassalam........[gadismerahjambu]

Saturday, March 5, 2011

CINTA KEPADA TUHAN...

assalamualaikum...


cinta kepada tuhan adalah cinta yang sebenar-benarnya. murninya cinta itu menjadikan semakin manusia mencintai tuhan semakin dia berbuat baik sesama manusia. tidak semestinya cinta kepada tuhan menjadi penghalang untuk kita berbaik atau bersahabat dengan manusia malah hubungan baik itu adalah perintah daripada zat yang kita cintai. 


jangan kerana kita memikirkan cinta kepada tuhan itu lebih utama sehingga tidak menghiraukan langsung hubungan baik sesama makhluk. sifat pengasih dan penyayangnya tuhan kepada makhluk menjadikan perintah serta tuntutan agama menyentuh baik buruk hubungan sesama manusia secara menyeluruh mengikut keutamaan. 


sebenarnya segala apa yang kita amalkan dan yang kita lakukan dalam seluruh bidang kehidupan adalah berkaitan dan diambil daripada ajaran agama sendiri. bidang cinta dan persahabatan ini adalah sebenarnya hasil intipati ajaran islam itu sendiri. 



semoga apa yang kita pelajari daripada islam itu bukan sekadar dijadikan panduan di dalam lapangan ibadat formal sahaja. bahkan ia perlu diterapkan ke dalam seluruh perbuatan dan bidang kehidupan kita. 


sepertimana yang dinyatakan tuhan di dalam Quran surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, " tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat."


sebagai seorang islam, seluruh kehidupan kita selagi ia disertai dan diasaskan dengan nilai-nilai islam kerana tuhan, sepanjang itulah kehidupan kita menjadi suatu ibadah kepadanya. 



cinta dan persahabatan ada perbezaannya. sehingga ada yang berpendapat persahabatan lebih murni dan agung berbanding cinta sesama manusia. percintaan yang berjaya adalah hubungan yang merangkumkan hubungan persahabatan dan cinta. cinta sebagai pelayan perasaan dan persahabatan sebagai hubungan akal fikiran. 

agungnya persahabatan itu sehingga ia diperlukan dalam setiap jalinan perhubungan. hubungan antara keluarga, suami isteri, teman, adik-beradik, guru-murid dan sebagainya itu adalah mulia dan kaya sekiranya ia disertakan dengan nilai persahabatan. iaitu hubungan yang banyak nilai kejujurannya berbanding yang lain.



sekiranya seorang bapa bersahabat dengan anaknya, justeru dengan persahabatan itu dia lebih memahami keadaan dan kedudukan anaknya. begitu juga dengan pasangan lelaki dan perempuan, apabila cinta itu disertakan dengan hubungan persahabatan, di situ lah lahirnya kesanggupan dalam menempuh suka dan duka. 


bersahabat sepanjang masa dan bercinta pada waktunya. jiwa tidaklah terlalu sensitif kerana bercinta. sekurang-kurangnya persahabatan dan berteman itu adalah pengimbang bagi baik dan buruknya cinta. 




wassalam.....[gadismerahjambu]

PILIH SAHABAT ATAUPUN PILIH CINTA?

assalamualaikum...


janganlah kita menilai status sama ada dia bergelar sahabat ataupun kekasih untuk menjadikannya sebagai faktor utama kita meninggalkan perhatian pada salah seorang daripada mereka buat sementara. kita perlu utamakan perhatian pada keperluan kerana ia lebih mendidik diri kita supaya sering berada di sisi orang terdekat semasa mereka memerlukan kita.

kita mungkin hipokrit apabila mengutamakan peerhatian pada salah seorang di antara seorang kekasih ataupun sahabat. ini terjadi kerana berasa takut kehilangan salah seorang daripada mereka. 

tidak semestinya apabila kita terpaksa mengalihkan perhatian kepada salah seorang daripada mereka sahaja bermakna kita menyakitkan ataupun menghampakan perasaan meereka. 

percayalah, seorang sahabat ataupun seorang kekasih yang sejati dan tulus itu pasti akan memahami situasi kita selagi kita memilih dan mempertimbangkan pilihan ataupun keperluan yang terbaik. 

satu perkara yang perlu kita ingat adalah kekasih yang sebenar itu tidak menghalang persahabatan, sepatutnya semakin menggalakkan. begitu juga dengan sahabat, ia tidak menghalang percintaan apatah lagi merosakkan sesebuah jalinan percintaan.

ini tidak bermakna apabila kita memiliki kekasih ataupun berkahwin menjadikan diri kita jauh dan tidak perlu untuk bersahabat. ia juga tidak bermakna apabila kita bersahabat kita perlu mengabaikan kekasih kita.


setiap orang itu, selagi dirinya tidak disertai dengan hasad dengki dan khianat, selagi itulah dia akan memikir dan menyangka yang terbaik buat teman dan kekasihnya. begitu juga dengan memahami seadanya. 

lelaki dan perempuan jiwanya agak berbeza, kedua-duanya memiliki kehendak naluri untuk bersahabat dan bercinta. yang membezakannya adalah lebih dan kurangnya naluri itu. lelaki lebih cenderung dan jelas kepada persahabatan manakala wanita pula lebih cenderung kepada percintaan. 

sebab itu lah sesebuah hubungan percintaan yang sebenar-benar adalah berkasih dan bersahabat. si lelaki mempelajari kematangan cinta daripada seorang wanita dan si wanita mempelajari kematangan persahabatan daripada seorang lelaki. bergabung dua jiwa dan naluri membentuk hubungan yang saling memerlukan.

persahabatan selalu menerbitkan sikap tanggungjawab dan cinta pula selalu menerbitkan sikap pengorbanan. lelaki merasakan dirinya bertanggungjawab keatas wanita yang dicintainya dan dia bertanggungjawab menyumbang pengorbanan. sedangkan si wanita melakukan sesuatu demi cinta kepada kekasihnya dan dia berkorban untuk merasakan diri bertanggungjawab. 

si suami berkerja kerana tanggungjwabnya kepada keluarga. manakala si isteri bekerja atas dasar cinta kepada suaminya untuk sama-sama berkorban. meskipun apa yang dicari adalah wang ringgit dan harta namun dengan keperluan itulah si isteri cuba membuktikan dasar cintanya. 


seorang lelaki yang mempunyai sahabat setia itu bukan sedikit faedah di dalam kehidupannya. walau sejauh mana pun seseorang itu bersahabat, cintanya terhadap seorang wanita tetap tidak akan terpinggir.

apa yang sering terjadi adalah seorang yang berkasih difikirkan langsung tidak boleh bersahabat. lebih-lebih lagi menjalinkan persahabatan dengan seseorang yang berlainan jantina. kelak ia menimbulkan cemburu buta. sebab itulah kita perlu menekankan cinta yang sejati itu sepatutnya tidak berperanan sebagai penghalang ataupun pemutus bagi sesebuah hubungan persahabatan. 

begitu juga dengan yang sebaliknya. persahabatan tidak sepatutnya menjadi pemutus hubungan cinta. persahabatan sepatutnya lebih berperanan sebagai penjalin hubungan cinta sesama manusia. apatah lagi di antara setiap orang yang berpasangan status suami isteri.

sahabat yang baik akan bersama menjaga keeratan serta kejernihan hubungan suci. mereka yang memiliki unsur-unsur penyebab bagi perpecahan cinta itu bukanlah sahabat tetapi ia adalah musuh berwatak sahabat. 

cemburu buta seorang kekasih adalah punca pemutus persahabatan dengan orang lain. manakala hasad dengki dan hasutan seorang sahabat pula adalah punca pemutus cinta dengan kekasih kita.

wassalam......[gadismerahjambu]

APA YANG KITA FAHAM TENTANG PERSAHABATAN???

assalamualaikum...

sahabat sering difahami sebagai teman, kawan, sobat, nyapang, jalis, handai, sekutu, taulan, rafik, syarik, dongan, alif, kenalan, konco, rakan, saing ataupun saudara. setiap maksud yang difahami membayangkan kita dengan sifat keintiman atau kebersamaan antara satu sama lain.


maksud yang kedua pula adalah sebagaimana yang diungkapkan kepada para sahabat Nabi. iaitu sahabat dengan maksud pengikut ataupun murid. lalu setiap orang islam yang mengikuti dan menerima didikan daripada Nabi pada zaman itu dipanggil sebagai sahabat. 


menunjukkan betapa agungnya dakwah Nabi itu dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat islam zaman itu. para ulama mendefinasikan sahabat sebagai seorang yang hidup pada zaman Nabi dan mati dalam keadaan islam. walaupun hanya sekali sahaja pernah berjumpa dengan Nabi, beliau tetap dianggap sebagai sahabat. ini kerana agungnya Nur Muhammad itu menjadikan sekelilingnya juga turut disinari dengan keagungannya. 

namun, itu berlaku pada zaman Nabi, ia berbeza dengan zaman kita. dimana tidak semua yang kita lihat bersama itu sebagai pasangan yang bersahabat. begitu juga dengan setiap kelompok yang ketawa itu sebagai satu kelompok yang saling bersahabat di antara satu sama lain. 

hubungan sesama manusia hari ini mempunyai peringkatnya. tidaklah setiap ungkapan yang berkaitan dengan sahabat ataupun kawan, teman, rakan dan sebagainya itu sama maksud dan nilainya.

akhirnya segala ungkapan itu boleh tersusun mengikut keintiman dan ikhlasnya hubungan seseorang. iaitu daripada kenalan kepada teman. teman kepada kawan. kawan kepada rakan. rakan kepada sahabat. seterusnya sahabat kepada kerabat.


meningkatnya kedudukan hubungan itu bergantung pada nilai-nilai keikhlasan dalam menjalinkannya. begitu juga dengan pengalaman yang dilalui bersama. suka duka dan juga tempoh dia menjalin perhubungan itu. semakin tulus ikhlas hati kedua-duanya, semakin baiklah hubungan itu. semakin banyak pengalaman dan suka duka yang dilalui bersama, semakin rapatlah hubungan mereka. 

begitu juga dengan tempoh persahabatan yang sekian lama sehingga tidak mudah lagi untuk dipisahkan. akhirnya semakin banyak kita melalui perkara-perkara suka-duka bersama-sama. semakin cepatlah hubungan yang dimulai dengan perkenalan itu meningkat membentuk sebuah persahabatan atau kerabat. 

wassalam...[gadismerahjambu]

Tuesday, February 22, 2011

wanita menziarahi kubur

SOALAN: Apa alasan atau sebab larangan wanita menziarahi kubur? 

JAWAPAN: Pertama, ada larangan keras atas perbuatan tersebut dalam sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Allah melaknat wanita yang mengziarahi kubur." 

juga Nabi s.a.w. mengatakan kepada Fatimah, ketika ia datang kepada seseorang untuk menyampaikan ucapan takziah bermaksud: " jika kamu mendekati kubur bersama mereka, kamu tidak akan melihat syurga." 

kedua, sebab dilarangnya wanita menziarahi kubur adalah kerana dijelaskan oleh Nabi s.a.w. ketika ia mengatakan kepada seorang wanita yang mengikut arak-arakan pemakaman, ertinya: " pulanglah, jika kamu ikut akan mendapatkan dosa dan tidak diberi pahala." 

kerana sesungguhnya kamu menimbulkan fitnah bagi orang yang hidup dan mengganggu orang yang sudah mati. 

kerana itu, Nabi memberikan dua alasan terhadap larangan tersebut. pertama: mereka adalah godaan atau fitnah bagi yang masih hidup, kerana orang wanita itu adalah aurat yang harus dijaga dari pandangan umum, dan dengan pemergiannya dan berziarah bersama orang lelaki, tidak dikaitkan dengan adanya fitnah, tetapi ia malah akan membawa kepada dosa yang besar. 
kedua: wanita mengganggu orang yang sudah mati kerana kesabaran wanita yang sedikit, hatinya lemah, tidak memiliki kemampuan memikul fitnah-fitnah. dengan sifat yang demikian itu, seseorang tidak tahu pasti apakah para wanita itu nanti tidak akan menangis, meratap, dan menimbulkan suara tangisan yang kuat dikubur, yang mana perkara tersebut mengganggu orang yang sudah mati? demikianlah mengapa wanita tidak dibolehkan menziarahi kubur...

sekian.....[gadismerahjambu]

Tuesday, February 15, 2011

HUKUM MENGGANTUNG DAN MEMILIKI GAMBAR

ASSALAMUALAIKUM.....



tidak dibolehkan menggantungkan gambar atau menyimpan gambar-gambar yang memiliki nyawa. suatu kewajipan untuk merosakkan gambar-gambar seperti itu. ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "janganlah meninggalkan gambar, kecuali kamu menghapusnya." 


juga dijelaskan didalam suatu hadis dari Jabir bermaksud: " Nabi s.a.w. melarang memiliki atau meletakkan gambar di rumah." 






oleh itu, semua gambar yang untuk kenangan hendaklah dikoyak atau dibakar. namun.... gambar-gambar yang diperlukan untuk suatu kepentingan seperti:

kad pengenalan....



kad pejabat....


dan sebagainya dibolehkan...


sekian.....[gadismerahjambu]

BOLEH KE TAK NIE???

bismillahirrahmanirrahim....... assalamualaikum semua.....

setiap orang ade nie kan???? tpu kalau ckp xde....x cye arrrrr


merayakan hari kelahiran tidak memiliki sumber apapun dalam syariah yang murni. sesungguhnya ini adalah suatu perkara yang baru, dimana Nabi menerangkan bermaksud: "barang siapa memperkenalkan sesuatu yang baru dalam agama Islam yang bukan termasuk didalamnya, maka ia tertolak." 


birthday party..... sape pnh wat????




sudah banyak diketahui bahawa Nabi s.a.w. tidak merayakan hari kelahirannya sepanjang hidupnya, juga tidak pernah baginda memerintahkan untuk dirayakan. baginda juga tidak pernah mengajarkan kepada para sahabatnya. oleh kerana itu, Khalifah Rasyidin dan sahabat-sahabat Nabi tidak pernah merayakannya. mereka adalah orang-orang yang paling banyak mengetahui tentang sunnah Nabi dan mereka adalah orang yang paling dicintai Nabi s.a.w. mereka juga orang yang paling giat mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. 


jika seseorang diperintahkan oleh Nabi untuk merayakan hari kelahirannya, maka itu akan dijadikan dalil pada waktu itu. selain itu, tidak ada seorang pun ulama dari generasi terbaik yang merayakan hari kelahiran Nabi, juga mereka tidak pernah memerintahkan untuk melakukan perkara tersebut. 


jadi, dari penjelasan di atas dapat diketahui bahawa bentuk perayaan tersebut bukan berasal dari hukum yang diturunkan Allah kepada Nabi kita.


kita bermohon kepada Allah untuk diri kita dan semua saudara mara kita yang muslim, semoga kita selalu setia pada kebenaran dan menjauhi segala yang memalingkan dari syariah Allah yang murni. sesungguhnya Dia adalah Maha Pemurah dan Maha Mulia. 


maulidur rasul kene sambut tau.... kte kn org islam....
tapi kalau untuk maulidur rasul kita harus menyambutnya sebab untuk memperingati jasa-jasa Rasulullah s.a.w. terhadap kita semua. walaupun kita hidup bukan pada zaman Nabi, kita adalah ummat yang paling disayangi oleh Nabi. 


jadi ini adalah tanggungjawab kita untuk sentiasa memperingati Nabi kita Muhammad s.a.w. 


sekian untuk kali ini..... [gadismerahjambu]

Saturday, January 22, 2011

PERLU KER?????

pelik-pelik la remaja-remaja zaman sekarang ni kan. makin menjadi-jadi. tak tau la nak describe macam mana. nak kata tak tau malu pun ntah la. tapi mereka ni terlalu senang untuk cenderung atau bercakap tentang sesuatu yang agak bukan-bukan dan merepek. terlalu senang mengutarakan kata-kata yang agak tak tercapai akalmu. 


seolah-olah perkara macam tu tak membawa apa-apa makna pada diri dan maruah mereka. mana perginya harga diri dan maruah yang ada dalam diri mereka? dah hilang ke? dah tercicir ker? kenapa perlu jadi macam ni? tak malu ker? apa pandangan oang luar terhadap remaja kita? kenapa tak fikir sume kemungkinan ni? kenapa mesti cakap ikut hati dan perasaan? kenapa perlu memalukan diri sendiri? kenapa perlu menjatuhkan air muka sendiri? tak fikir ker yang orang sekeliling dia sedang mendescribe diri dia berdasarkan penyampaian dia? 


kita orang melayu kan. mana pergi adat ketimuran kita? mana pergi prinsip aku anak timur? mana pergi tu semua? negara kita dah merdeka. tapi kenapa pemikiran kita masih terjajah? kenapa biarkan pengaruh budaya luar menjajah hati kita? kenapa terlalu mudah mengaturkan kata-kata lucah merata tempat dan ketika? dah hilang ke rasa malu dalam diri masing-masing? 


cuba kita semua perhatikan, anak muda melayu dah tak kisah kalau bercakap pasal perkara-perkara lucah kan. merata tempat ada. tak kira secara lisan mahupun bertulis. kenapa mesti jadi macam ni? tolong la. jangan la jatuhkan maruah bangsa, kaum dan agama kita ni. nanti senang-senang je orang lain atau agama lain menganggap kita ni agama kotor. islam kan agama yang sangat indah. tapi kenapa kita tunjukkan tauladan yang sebegini?


macam mana kita nak buktikan pada dunia yang islam adalah agama suci murni, bersih mudah, indah kalau terus-terusan macam ni? 


ini cuma pendapat dan sedikit teguran untuk semua termasuk diri saya sendiri. harap kita sama-sama dapat perbetulkan akidah kita balik. agar dapat sama-sama perbetulkan kesilapan diri kita demi kesejahteraan semua.. cuma ingat 1 perkara iaitu, Allah itu maha berkuasa. Dia mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. jika diturunkan bala pada kita. kita tak mampu untuk mengelaknya kecuali dengan pertolongan dariNya. kita cuma hambaNya. darinya kita datang dan kepadanya juga lah kita kembali.


sama-sama kita renungkan agar kita tak terus tersasar di jalanNya. saling membimbing la diantara satu sama lain, semoga berjaya di dunia dan diakhirat.

PERLUKAH MANFAATKAN PERSAHABATAN?

sayangi la kawan2 yang kita ada... cheers ye..=)

Persahabatan menghadiahkan sesuatu yang diharap-harapkan oleh setiap orang dan hadiah itu hanya benar-benar dimiliki oleh mereka yang tidak mengejarnya semata-mata. Ini kerana hadiahnya diperoleh hasil daripada sebuah persahabatan yang benar-benar baik. Persahabatan yang benar-benar baik hanya terjadi daripada keikhlasan.
 Kebaikan dalam bersahabat bukanlah bermakna di sepanjang persahabatan itu kita hanya melalui pengalaman-pengalaman manis ataupun hanya melalui senario yang menggembirakan sahaja. 
Tetapi ia juga adalah perjalanan yang turut diselangi dengan suka duka kehidupan. Justeru, daripada kesusahan itu akan timbul nilai-nilai yang lebih menjadikan persahabatan itu semakin berharga iaitu pengorbanan dan kesetiaan.
Persahabatan tidak juga hanya berlaku pada orang-orang yang baik seratus peratus. Bahkan persahabatan itu tidak lari daripada watak-watak yang memainkan peranan melakukan kesilapan dan kesalahan.
Apa yang lebih baik dalam persahabatan itu adalah saling bantu membantu memperbaiki kesilapan dan kesalahan setiap orang yang bersahabat.
Oleh itu jangan hanya mencari sahabat yang diperhatikan tidak mempunyai sebarang kelemahan. Sekiranya hendak mencari sahabat yang tiada kesalahan sama sekali ataupun memegang prinsip untuk memutuskan persahabatan lantaran terdapat kesalahan, alamatnya kita tidak akan mendapat sahabat sampai bila-bila. Kalau ada pun persahabatannya bertukar ganti tidak pernah kekal. Datang dan berlalu pergi. Kemudian datang lagi ataupun hilang tidak dapat dikesan. 
jangan jadikan persahabatan kita sebegini ok..=)


Popular Posts