gadis merah jambu membantu

Saturday, January 22, 2011

PERLUKAH MANFAATKAN PERSAHABATAN?

sayangi la kawan2 yang kita ada... cheers ye..=)

Persahabatan menghadiahkan sesuatu yang diharap-harapkan oleh setiap orang dan hadiah itu hanya benar-benar dimiliki oleh mereka yang tidak mengejarnya semata-mata. Ini kerana hadiahnya diperoleh hasil daripada sebuah persahabatan yang benar-benar baik. Persahabatan yang benar-benar baik hanya terjadi daripada keikhlasan.
 Kebaikan dalam bersahabat bukanlah bermakna di sepanjang persahabatan itu kita hanya melalui pengalaman-pengalaman manis ataupun hanya melalui senario yang menggembirakan sahaja. 
Tetapi ia juga adalah perjalanan yang turut diselangi dengan suka duka kehidupan. Justeru, daripada kesusahan itu akan timbul nilai-nilai yang lebih menjadikan persahabatan itu semakin berharga iaitu pengorbanan dan kesetiaan.
Persahabatan tidak juga hanya berlaku pada orang-orang yang baik seratus peratus. Bahkan persahabatan itu tidak lari daripada watak-watak yang memainkan peranan melakukan kesilapan dan kesalahan.
Apa yang lebih baik dalam persahabatan itu adalah saling bantu membantu memperbaiki kesilapan dan kesalahan setiap orang yang bersahabat.
Oleh itu jangan hanya mencari sahabat yang diperhatikan tidak mempunyai sebarang kelemahan. Sekiranya hendak mencari sahabat yang tiada kesalahan sama sekali ataupun memegang prinsip untuk memutuskan persahabatan lantaran terdapat kesalahan, alamatnya kita tidak akan mendapat sahabat sampai bila-bila. Kalau ada pun persahabatannya bertukar ganti tidak pernah kekal. Datang dan berlalu pergi. Kemudian datang lagi ataupun hilang tidak dapat dikesan. 
jangan jadikan persahabatan kita sebegini ok..=)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts