gadis merah jambu membantu

Friday, March 25, 2011

BALASAN DARIPADA PERTOLONGAN

ada tiga sudut ganjaran yang jelas dapat kita perhatikan yang terkandung di dalam kebaikan membantu ke arah kebaikan itu. 

PERTAMA: ganjaran pahala terhadap seorang pembantu kerana dia menyahut suruhan tuhan dan rasulnya yang juga merupakan hukum syariat daripada agama. 
perbuatan itu menjadi satu tindakan yang diredhai tuhan dan menjanjikan kebaikan kepada makhluk lain serta diri sendiri.

KEDUA: ganjaran pahala bagi si pelaku yang menerima galakan serta bantuan untuk melakukan kebaikan itu daripada sahabatnya. 
kedua-duanya adalah merangkumi ganjaran secara peribadi.

KETIGA: si pembantu atau penggalak memperoleh pahala yang sama seperti pahala si pelaku kebaikan. 
ini adalah kerana dia menjadikan salah satu sebab yang mendorong si pelaku melakukan sesuatu kebaikan. ganjaran ini merangkumi pahala yang kita peroleh daripada apa yang dilakukan oleh orang lain. 

daripada 3 sudut ganjaran pahala tadi, dua bahagian adalah bagi seorang sahabat yang sentiasa membantu, mendorang dan menggalakkan ke arah kebaikan. ganjaran pahala daripada tindakan baiknya diri sendiri dan ganjaran pahala daripada tindakan sahabat yang dibantunya itu. baki daripada sudut ganjaran pahala yang satu itu lah diperoleh oleh si pelaku. itulah yang sepatutnya dijadikan sebagai perangsang untuk kita melakukannya iaitu mengharapkan keredhaan dan ganjaran daripada tuhan.

ahli bijak pandai ada mengatakan "ORANG YANG MENUNJUKKAN UNTUK BERBUAT KEBAIKAN , PAHALA ADALAH SAMA DENGAN PAHALA ORANG YANG MENGERJAKANNYA" seorang mukmin adalah cermin badi yang lainnya. orang yang menasihati adalah penyelamat dan orang yang dinasihati adalah orang yang diselamatkan. 

abu bakar as-siddiq berkata yang bermaksud "ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN ITU ADALAH ORANG YANG MEMERANGI KEJAHATAN. DEKATILAH MATI PASTI IA AKAN MEMBERIKAN KEHIDUPAN KEPADAMU. JIKA KEBAIKAN ITU TERLEPAS DARIPADA DIRIMU, MAKA KEJARLAH IA. JIKA ENGKAU MENEMUI KEBURUKAN, TINGGALKAN LAH IA. PERBAIKILAH DIRIMU NESCAYA SEMUA ORANG AKAN BERBUAT BAIK PULA KEPADAMU."

ali pernah berkata yang maksudnya "IMAN SESEORANG BELUM DAPAT DIKATAKAN BENAR SELAGI DIA BELUM MENEMPATKAN KEPANTINGAN TUHAN DI ATAS KEPENTINGAN DIRINYA. ORANG YANG MENAG DIDALAM KEJAHATAN ADALAH SAMA DENGAN ORANG YANG KALAH. ORANG YANG MENCEGAH DIRI UNTUK TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA MELAKUKAN KEBENARAN ITU SENDIRI."

Popular Posts