gadis merah jambu membantu

Friday, January 21, 2011

BERKAWAN KERANA SESUATU!!!

Kita mudah mengenalpasti seorang pengampu dalam pergaulan seharian. Tidak perlu mencari siapakah orang-orang yang bergelar pengampu kerana pengampu ini tabiatnya memang mencari. Kita tidak mencari dia tetapi dia mencari kita.
          Kelakuannya mungkin berlebih-lebihan sedangkan kebaikannya tidak berpada seperti berlemah lembut tidak bertempat, memuji hal yang tidak perlu dipuji, tidak sering menegur kesalahan dan sebagainya. Dia juga suka melihat yang betul-betul sahaja tanpa pernah mempedulikan kesalahan seseorang yang dianggapnya sebagai kawan.
          Lebih teruka lagi mereka yang bergelar penakut. Kadangkala dia menjadikan seseorang sebagai sahabat kerana takutkan sesuatu ataupun segan. Selalunya orang yang sebegini memang lebih sifat penakutnya.
          Apa yang jelas pada orang sebegini adalah lakonannya tunjuk-tunjuk berani tidak tentu hala. Orang sebegini tidak sesuai menjadi sahabat kerana dia langsung tidak membawa sebarang manfaat pada seseorang. Sekiranya dijadikan hamba pun tidak berguna kerana ketakutan menghalang keyakinannya.
          Pengampu dan penakut berbeza dengan sahabat kerana dalam hatinya lebih sikap iri hati. Pengampu boleh merosakkan teman secara berhadapan tetapi dalam diam dan dalam kebaikan yang dibuat-buat. Penakut pula merosakkan teman tetapi bukan secara berhadapan. Strateginya lebih bodoh kerana ia berlaku secara jelas.
          Alangkah malangnya menjadi seorang pengampu ataupun penakut. Sedangkan seseorang itu sepatutnya sedar persahabatan itu secara tidak langsung ataupun tanpa diminta pasti menganugerahkan sesuatu yang berharga kepada mereka yang berlaku jujur terhadapnya.
          Berkawan itu perlu selesa. Bukan kerana inginkan sesuatu semata-mata dan bukan kerana takut ataupun terpaksa. Kita berkawan mencari keselesaan dan keserasian untuk sama-sama berteman. Memperoleh kawan yang ada maksud tertentu itu adalah menyusahkan. Secara tidak sedar, sama ada dia merosakkan kita secara sengaja ataupun scenario kehidupan bersamanya yang akan merosakkan kita.

“sesungguhnya sahabatmu itu suka kepadamu. Tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabatmu.”-HAMKA-

Popular Posts