gadis merah jambu membantu

Saturday, March 5, 2011

PILIH SAHABAT ATAUPUN PILIH CINTA?

assalamualaikum...


janganlah kita menilai status sama ada dia bergelar sahabat ataupun kekasih untuk menjadikannya sebagai faktor utama kita meninggalkan perhatian pada salah seorang daripada mereka buat sementara. kita perlu utamakan perhatian pada keperluan kerana ia lebih mendidik diri kita supaya sering berada di sisi orang terdekat semasa mereka memerlukan kita.

kita mungkin hipokrit apabila mengutamakan peerhatian pada salah seorang di antara seorang kekasih ataupun sahabat. ini terjadi kerana berasa takut kehilangan salah seorang daripada mereka. 

tidak semestinya apabila kita terpaksa mengalihkan perhatian kepada salah seorang daripada mereka sahaja bermakna kita menyakitkan ataupun menghampakan perasaan meereka. 

percayalah, seorang sahabat ataupun seorang kekasih yang sejati dan tulus itu pasti akan memahami situasi kita selagi kita memilih dan mempertimbangkan pilihan ataupun keperluan yang terbaik. 

satu perkara yang perlu kita ingat adalah kekasih yang sebenar itu tidak menghalang persahabatan, sepatutnya semakin menggalakkan. begitu juga dengan sahabat, ia tidak menghalang percintaan apatah lagi merosakkan sesebuah jalinan percintaan.

ini tidak bermakna apabila kita memiliki kekasih ataupun berkahwin menjadikan diri kita jauh dan tidak perlu untuk bersahabat. ia juga tidak bermakna apabila kita bersahabat kita perlu mengabaikan kekasih kita.


setiap orang itu, selagi dirinya tidak disertai dengan hasad dengki dan khianat, selagi itulah dia akan memikir dan menyangka yang terbaik buat teman dan kekasihnya. begitu juga dengan memahami seadanya. 

lelaki dan perempuan jiwanya agak berbeza, kedua-duanya memiliki kehendak naluri untuk bersahabat dan bercinta. yang membezakannya adalah lebih dan kurangnya naluri itu. lelaki lebih cenderung dan jelas kepada persahabatan manakala wanita pula lebih cenderung kepada percintaan. 

sebab itu lah sesebuah hubungan percintaan yang sebenar-benar adalah berkasih dan bersahabat. si lelaki mempelajari kematangan cinta daripada seorang wanita dan si wanita mempelajari kematangan persahabatan daripada seorang lelaki. bergabung dua jiwa dan naluri membentuk hubungan yang saling memerlukan.

persahabatan selalu menerbitkan sikap tanggungjawab dan cinta pula selalu menerbitkan sikap pengorbanan. lelaki merasakan dirinya bertanggungjawab keatas wanita yang dicintainya dan dia bertanggungjawab menyumbang pengorbanan. sedangkan si wanita melakukan sesuatu demi cinta kepada kekasihnya dan dia berkorban untuk merasakan diri bertanggungjawab. 

si suami berkerja kerana tanggungjwabnya kepada keluarga. manakala si isteri bekerja atas dasar cinta kepada suaminya untuk sama-sama berkorban. meskipun apa yang dicari adalah wang ringgit dan harta namun dengan keperluan itulah si isteri cuba membuktikan dasar cintanya. 


seorang lelaki yang mempunyai sahabat setia itu bukan sedikit faedah di dalam kehidupannya. walau sejauh mana pun seseorang itu bersahabat, cintanya terhadap seorang wanita tetap tidak akan terpinggir.

apa yang sering terjadi adalah seorang yang berkasih difikirkan langsung tidak boleh bersahabat. lebih-lebih lagi menjalinkan persahabatan dengan seseorang yang berlainan jantina. kelak ia menimbulkan cemburu buta. sebab itulah kita perlu menekankan cinta yang sejati itu sepatutnya tidak berperanan sebagai penghalang ataupun pemutus bagi sesebuah hubungan persahabatan. 

begitu juga dengan yang sebaliknya. persahabatan tidak sepatutnya menjadi pemutus hubungan cinta. persahabatan sepatutnya lebih berperanan sebagai penjalin hubungan cinta sesama manusia. apatah lagi di antara setiap orang yang berpasangan status suami isteri.

sahabat yang baik akan bersama menjaga keeratan serta kejernihan hubungan suci. mereka yang memiliki unsur-unsur penyebab bagi perpecahan cinta itu bukanlah sahabat tetapi ia adalah musuh berwatak sahabat. 

cemburu buta seorang kekasih adalah punca pemutus persahabatan dengan orang lain. manakala hasad dengki dan hasutan seorang sahabat pula adalah punca pemutus cinta dengan kekasih kita.

wassalam......[gadismerahjambu]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts