gadis merah jambu membantu

Saturday, March 5, 2011

CINTA KEPADA TUHAN...

assalamualaikum...


cinta kepada tuhan adalah cinta yang sebenar-benarnya. murninya cinta itu menjadikan semakin manusia mencintai tuhan semakin dia berbuat baik sesama manusia. tidak semestinya cinta kepada tuhan menjadi penghalang untuk kita berbaik atau bersahabat dengan manusia malah hubungan baik itu adalah perintah daripada zat yang kita cintai. 


jangan kerana kita memikirkan cinta kepada tuhan itu lebih utama sehingga tidak menghiraukan langsung hubungan baik sesama makhluk. sifat pengasih dan penyayangnya tuhan kepada makhluk menjadikan perintah serta tuntutan agama menyentuh baik buruk hubungan sesama manusia secara menyeluruh mengikut keutamaan. 


sebenarnya segala apa yang kita amalkan dan yang kita lakukan dalam seluruh bidang kehidupan adalah berkaitan dan diambil daripada ajaran agama sendiri. bidang cinta dan persahabatan ini adalah sebenarnya hasil intipati ajaran islam itu sendiri. 



semoga apa yang kita pelajari daripada islam itu bukan sekadar dijadikan panduan di dalam lapangan ibadat formal sahaja. bahkan ia perlu diterapkan ke dalam seluruh perbuatan dan bidang kehidupan kita. 


sepertimana yang dinyatakan tuhan di dalam Quran surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, " tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat."


sebagai seorang islam, seluruh kehidupan kita selagi ia disertai dan diasaskan dengan nilai-nilai islam kerana tuhan, sepanjang itulah kehidupan kita menjadi suatu ibadah kepadanya. 



cinta dan persahabatan ada perbezaannya. sehingga ada yang berpendapat persahabatan lebih murni dan agung berbanding cinta sesama manusia. percintaan yang berjaya adalah hubungan yang merangkumkan hubungan persahabatan dan cinta. cinta sebagai pelayan perasaan dan persahabatan sebagai hubungan akal fikiran. 

agungnya persahabatan itu sehingga ia diperlukan dalam setiap jalinan perhubungan. hubungan antara keluarga, suami isteri, teman, adik-beradik, guru-murid dan sebagainya itu adalah mulia dan kaya sekiranya ia disertakan dengan nilai persahabatan. iaitu hubungan yang banyak nilai kejujurannya berbanding yang lain.



sekiranya seorang bapa bersahabat dengan anaknya, justeru dengan persahabatan itu dia lebih memahami keadaan dan kedudukan anaknya. begitu juga dengan pasangan lelaki dan perempuan, apabila cinta itu disertakan dengan hubungan persahabatan, di situ lah lahirnya kesanggupan dalam menempuh suka dan duka. 


bersahabat sepanjang masa dan bercinta pada waktunya. jiwa tidaklah terlalu sensitif kerana bercinta. sekurang-kurangnya persahabatan dan berteman itu adalah pengimbang bagi baik dan buruknya cinta. 




wassalam.....[gadismerahjambu]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts