gadis merah jambu membantu

Sunday, March 6, 2011

tolong-tolong kawan...

assalamualaikum...

agama sejak awal-aawal lagi menunjukkan cara pergaulan dan persahabatan yang sepatutnya. sebagaimana hidup tolong menolong sesama manusia itu digalakkan, di sebalik galakan itu masih terdapat batas-batasnya. itulah yang menunjukkan kesempurnaan agama sebagai agama wahyu mendidik jiwa manusia. 


memberi pertolongan kepada seseorang itu adalah dituntut supaya hubungan komuniti sesama manusia terutamanya antara kawan-kawan itu menemui keharmonian yang berpanjangan.

namun kita perlu berhati-hati dengan setiap pertolongan yang diberikan. jangan sampai pertolongan itu menggalakkan kepada perkara-perkara yang berlawanan dengan norma-norma kemanusiaan. seperti yang banyak terjadi pada hari ini adalah MENOLONG ORANG YANG NAK MENIPU ORANG. 


sememangnya bantu membantu itu adalah tindakan yang baik. kita perlu menjaganya supaya perbuatan baik dan suci itu tidak dicemari dengan perbuatan jahat secara tidak disedari. 

sebab itulah pentingnya kita memilih kawan. ia bukan untuk membeza-bezakan status kedudukan sesama manusia. ini adalah kerana dasar memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri. 

sepertimana yang terdapat dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud, " jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan. serta berpalinglah daripada orangorang yang bodoh." 

sekiranya sahabat kita terdiri daripada pencuri, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan terikut sikap buruknya itu. mungkin permulaan melibatkan diri bermula daripada niat ingin membantu.


orang yang biasa mencuri ini susah untuk meninggalkan tabiatnya. seolah-olah itu adalah pekeerjaannya. justeru daripada kebiasaan dan pekerjaan itu, ia akan mendesak lumrah persahabatan yang suci serata baik ini kepada keadaan yang sebaliknya. 


kawan yang baik ini ada masanya sehingga tidak mampu untuk mengelak memberikan bantuan kepada si pencuri tadi. ini kerana persahabatan itu ibarat isi dengan kuku. masalah yang dihadapi oleh si pencuri itu turut dirasai oleh sahabatnya yang memang baik.

setiap orang pasti akan menemui sesuatu keadaan yang mendesak ke arah pertolongan. setiap orang juga pasti menemui keadaan yang mendesak untuk memberikan pertolongan. sekiranya si pencuri diburu polis, kawan yang manakah sanggup menyerahkan si pencuri ini. apatah lagi sekiranya itulah satu-satunya sahabat yang paling intim. 

tidak ada pula kawan yang sanggup melihat temannya kesusahan, terbunuh ataupun dianiaya walaupun temannya itu sendiri yang mula melakukan kesalahan ataupun menjadi sebab dia mengundang sesuatu kecelakaan. ini adalah lantaran wujudnya perikemanusiaan di dalam jiwa seseorang. bertambah kuat lagi sekiranya ia diiringi dengan semangat setia kawan. 


buruknya kesan membantu di dalam perkara yang mungkar juga melibatkan sudut pembentukan jiwa seseorang. kewajipan seorang sahabat kepada sahabatnya adalah memperbaiki dan memperbetulkan apa yang salah serta menambahkan apa yang kurang dalam diri sahabatnya.

pertolongan ataupun galakan untuk melakukan kejahatan sebenarnya lebih menghanyutkan sahabat kita malah diri kita sendiri juga mampu terhanyut mengikut arusnya. peranan seorang sahabat itu sebenarnya terhapus setiap kali dia membantu untuk melakukan kejahatan. 

sesetengah orang membantu dengan niat ikhlas demi sahabta sejatinya tanpa memikir perkara sebenarnya yang berlaku. dengan bantuan itu si sahabat akan terus menerus untuk hanyut melakukan kejahatan. manusia itu sifatnya semakin agresif dan bersemangat pada setiap kali tindakan perbuatannya digalakkan dan disokong. 


sedarilah, tidak semestinya setiap pertolongan itu menjadi penawar bagi kedukaan dan kesusahan sahabat kita. sekiranya ia dilakukan ke arah tujuan yang tidak baik, ia adalah racun kepada sahabat kita malah racun itulah juga yang akan menular kepada diri kita sendiri. 

mungkin dengan bantuan kita ke atas seorang sahabat yang zalim, ia bakal menganiaya lebih ramai orang yang tidak kita kenali. jangan kerana membantu seorang yang zalim, lebih daripada seorang yang lain akan dizalimi. 

pertolongan itu akan disoal oleh tuhan mengenainya. tentang adakah pertolongan kita yang melibatkan harta, tenaga dan sebagainya itu disalurkan ke jalan yang sepatutnya ataupun tidak.


apa yang perlu adalah sebaliknya. saling bantu membantu ke arah kebaikan. setiap kali kita melihat teman mahu melakukan suatu kebaikan, justeru hulurkanlah bantuan. sekiranya tidak dengan bantuan kewangan, bantulah dengan kata-kata perangsang ataupun sekurang-kurangnya memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya. 

kita perlu memilih salah satu daripada jalan pertolongan yang kita mahu berikan. sekiranya kita memilih untuk membantu kejalan kebaikan, ia menjanjikan ganjaran yang setimpal dan berganda kepada kita. 

banyak perkara yang seing kita rasakan ia kecil lalu dipandang remeh ataupun tidak diambil berat ke atasnya. membantu kearah kebaikan itu nampak kecil tetapi kesannya begitu besar dalam mempengaruhi kehidupan bermasyarakat.

selain daripada kesannya di dalam mendidik orang lain untuk melakukan kebaikan, di sebalik itu juga kita sebenarnya mendidik diri sendiri untuk turut melakukannya. didikan itu terhasil daripada dorangan dan sokongan melalui pertolongan. 

wassalam........[gadismerahjambu]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts