gadis merah jambu membantu

Wednesday, November 10, 2010

MADAH UNTUK WANITA SOLEHAH



WANITA SOLEHAH ITU AURAT DIJAGA,
PERGAULAN DIPAGARI, SIFAT MALU PENGIKAT DIRI,
SEINDAH HIASAN DIDUNIA INI.

KEAYUAN WANITA SOLEHAH ITU,
TIDAK TERLETAK PADA KECANTIKAN WAJAHNYA,
KEMANISAN WANITA SOLEHAH, TIDAK TERLETAK PADA KEMANJAANNYA,
DAYA PENARIK WANITA SOLEHAH ITU,
BUKAN PASA KEMANISAN BICARANYA YANG MENGGONCANG IMAN PARA MUSLIMIN,
DAN BUKAN PULA TERLETAK PADA KEBIJAKSANAANNYA BERMAIN LIDAH, MEMUJUK RAYU,
BUKAN DAN TIDAK SAMA SEKALI,
KEPETAHAN WANITA SOLEHAH, 
BUKAN PADA BARANG KEMAS ATAU PERIHAL ORANG LAIN,
TAPI PADA PERJUANGANNYA MENINGKATKAN MARTABAT AGAMA,

NAFSU MENGATAKAN WANITA CANTIK DENGAN PARAS RUPA YANG INDAH BAK PERMATA YANG MENYERI ALAM.

AKAL MENGATAKAN WANITA CANTIK ATAS KEMAJUAN DAN KEKEBALANNYA DALAM ILMU SERTA PANDAI DARI SEGALA ASPEK,

HATI MENYATAKAN KECANTIKAN WANITA HANYA PDA AKHLAKNYA,
ITUPUN SEANDAINYA HATI ITU BERSIH UNTUK MENILAI,

WAHAI WANITA JANGAN DIBANGGA DENGAN KECANTIKAN LUARAN,
KERANA SATU HARI NANTI IANYA AKAN LAPUK DITELAN ZAMAN,
TETAPI JAGA DAN PELIHARALAH KECANTIKAN DALAMAN,
AGAR DIRI INI BERSIH DAN SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ILAHI,

WAHAI WANITA JANGAN BANGGA DENGAN ILMU DUNIAWI YANG KAU MILIKI,
KERANA ADA LAGI MANUSIA YANG LEBIH BERPENGETAHUAN DARIMU,

WAHAI WANITA JANGAN PULA BERDUKACITA ATAS KEKURANGAN DIRIMU,
KERANA ADA LAGI INSAN YANG LEBIH MALANG DARIMU,

WAHAI WANITA SOLEHAH JANGAN DIRISAU AKAN JODOHMU,
KERANA MUSLIMIN YANG BIJAKSANA ITU TIDAK AKAN TERPAUT PADA WANITA HANYA KERANA KECANTIKANNYA,
BERSYUKURLAH DIATAS APA YANG ADA,
SERTA BERUSAHA DEMI KELUARGA, BANGSA DAN AGAMA,

SALAM PERJUANGAN UNTUK SAHABATKU WANITA SOLEHAH,
"WANITA HIASAN DUNIA SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH" 



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

MUSLIMAH DAN 7M??????

untuk kelihatan cantik, seseorang wanita perlu memiliki kualiti 7m iaitu:


musyarakah- seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.
murakabah- mereka menerima dengan insaf dan syukur dengan keadaan diri sendiri.
muhasabah- sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya. 
muakobah- sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna.
muqarrabah- sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
mujahadah- berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.
muarabah- cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri. 

Myspace Graphics
Myspace Graphics and Myspace Layouts

FITNAH TERHADAP WANITA MUSLIMAH



pada suatu dahulu, seorang wanita muslimah meninggal dunia di madinah. di jadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita itu adalah seorang yang buruk percakapannya. 
ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji. wanita itu berkata" kemaluan ini lah yang dipakainya untuk berzina". 
Astaghfirullahalazim, tiba-tiba kedua-dua tangan wanita itu melekat ditubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. ia berusaha untuk melepaskan kedua tangan nya itu tapi gagal. orang-orang yang berada di luar yang sedang menunggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat. 
setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama di madinah. 
ada ulama yang menyuruh tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat tersebut. ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi. ulamak madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut sama ada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. 
setelah keputusan ini tidak dapat dibuat, mereka pergi bertanya kepada imam Malik r.a. selepas mendengar cerita itu, imam Malik terus datang ke tempat kejadian. lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. dia bertanya kepada juru mandi itu " katakan dengan jujur apa yang telah engkau tuduhkan kepada mayat ini". wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal " aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya". 
setelah jelas dengan perkara itu, imam Malik berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, " wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. ia telah melanggar hudud Allah, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai empat orang, jadi ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.
kalau hukuman itu telah dilaksanakan, insyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat" setelah hukuman itu dijalankan, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya. 

KISAH WANITA AGUNG -ZINNIRAH

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapisuasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Peganganaqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagisetiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalammengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwahRasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimindan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yangmembuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalahke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggulpengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap kedalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir.Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitusemasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karibbaginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yangbanyak menerima ujian daripada Allah S.W.T
Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dandijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattabuntuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalanganorang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahyakeimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Padaperingkat awal keIslamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secarasembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir,membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan.Semuanya dilakukan secara berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahuikeIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas dirihambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agamanenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama
Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliaumencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dantegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana maludipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorongRasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supayamemeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islamdan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah denganharapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam.Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang,dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanyadihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuhkepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besipanas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup denganpenuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahayakeimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangandi akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsarakerana aku sedar untuk mendapat syurga, aku terpaksa menagih ujian berat,sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirahkepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawarjiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannyasemakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai caciandilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhanLatta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri denganmengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatanUmar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allahmemberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengankaramah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T.dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua

HAKIKAT SEBUTIR PERMATA HIASAN DUNIA

benarlah wanita itu ibarat permata, kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia. kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan. tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita. 
keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan reka bentuk sebutir permata diantara beribu-ribu permata yang terhampar.
jadi. andai dirinu dicipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.
andai dikau merasa dirimu tak seindah permata disekeliling mu, tiada apa yang perlu dirisaukan. mengapa tak perlu gusar? itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya. sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki. 
dia tidak memandang kepada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya, yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan. insan seperti ini wujud setiap masa dan dimana-mana sahaja, cuma kuantitinya sahaja yang  agak sedikit berbanding lelaki yang biasa. 
Allah sendiri berfirman di dalam surah Ali Imran yang mana Allah menegaskan " Jangan lah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman" 
mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahan mu tersimpan rapi di dalam diri, namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita yang bergelar muslimah sejati. 
ingatlah wanita yang baik untuk lelaki yang baik. dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula. semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan. wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkahlakunya, ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali. 
buat para muslimun, cari lah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian disana nanti iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insyaAllah. andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan tak mengapa. 
tak dinafikan memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita. itu semua ketentuan Tuhan. 
tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti. pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri yang sebaiknya. kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi disanalah kediaman yang abadi. itulah janji Tuhan. sesungguhnya Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya. 
kesimpulannya disini, keindahan wanita itu hanya terletak pada kesempurnaan agamanya. keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya. itulah fitrah manusia. tiada aoa yang kekal pada kita. oleh itu buat semua muslimah moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. 
" dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya. keturunannya, kekayaannya dan agamanya, maka pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tangan mu." 



Popular Posts