gadis merah jambu membantu

Wednesday, November 10, 2010

FITNAH TERHADAP WANITA MUSLIMAH



pada suatu dahulu, seorang wanita muslimah meninggal dunia di madinah. di jadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita itu adalah seorang yang buruk percakapannya. 
ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji. wanita itu berkata" kemaluan ini lah yang dipakainya untuk berzina". 
Astaghfirullahalazim, tiba-tiba kedua-dua tangan wanita itu melekat ditubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. ia berusaha untuk melepaskan kedua tangan nya itu tapi gagal. orang-orang yang berada di luar yang sedang menunggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat. 
setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama di madinah. 
ada ulama yang menyuruh tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat tersebut. ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi. ulamak madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut sama ada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. 
setelah keputusan ini tidak dapat dibuat, mereka pergi bertanya kepada imam Malik r.a. selepas mendengar cerita itu, imam Malik terus datang ke tempat kejadian. lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. dia bertanya kepada juru mandi itu " katakan dengan jujur apa yang telah engkau tuduhkan kepada mayat ini". wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal " aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya". 
setelah jelas dengan perkara itu, imam Malik berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, " wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. ia telah melanggar hudud Allah, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai empat orang, jadi ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.
kalau hukuman itu telah dilaksanakan, insyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat" setelah hukuman itu dijalankan, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya. 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts