gadis merah jambu membantu

Sunday, January 16, 2011

time ksih kwn2...

trime ksih kwn2 krne sudi mengunjungi blog ni... kpd kwn2 sume, time ksih sbb sudi menyokong blog nie. minx maaf sbb dh lme x update blog nie. maaf sgt2. kt cnie line internet x brape ok. kdg2 bleh bkak, kdg2 x bleh bkak. maaf ye. 
korg.... klu de pape cdngan kn, sudi2kn lah ye bg tau. supaye blog nie akan sentiase wt korg happy... thanks kpd yg sudi jd follower.. salam syg kpd sume...
saya sayang sume kawan2 saya.... love u all...
frenz 4 eva k
ramai orang mengaku ataupon merasakan dirinya sedang berkawan dengan seseorang. Juga merasakan dirinya dikelilingi oleh kawan-kawan. Kadangkala kita perlu memikirkan apakah nilai sebenar di sebalik persahabatan yang bermakna?
          Adakah cukup sekadar memperoleh seorang kawan yang hanya boleh menjadi teman bergelak ketawa? Adakah cukup sekadar menjadikan seseorang yang baru sahaja ditemui sebagai kawan lalu terus saling mempercayai?
          Mungkin pada zaman dahulu, mencari seorang kawan ataupon menjadikan seseorang itu sebagai kawan tidaklah sesukar yang kita perhatikan pada hari ini. Tambahan pula dunia hari ini semakin penuh dengan penipuan dan pupusnya nilai-nilai kejujuran.
          Bahkan pemenuhan hak menghormati antara satu sama lain juga mudah tercemar. Penghargaan terhadap hak milik seseorang juga turut menjadi korban sikap manusia zaman sekarang.
          Tambahan pula dunia hari ini, dipenuhi dengan orang-orang yang mengejar material semata-mata sehingga daripada sikap itu dalam diam mampu mencemarkan jalinan persahabatan. Apa sahaja yang dilihatnya semua semata-mata berupa wang ringgit atau ganjaran kepentingan untuk dirinya sendiri.
          Kita perlu memahami apakah sebenarnya persahabatan itu kerana kita tidak dapat melarikan diri daripadanya. Begitu juga dengan bagaimana kita memahami nilai-nilai persahabatan itu disamping memperoleh segala jenis manfaatnya. Sebagaimana kita memahami cinta adalah salah satu unsur yang dengannya itu mesti ada dalam setiap hasil ciptaan Tuhan. Justeru itu, kita perlu menyedari persahabatan itu adalah suatu permulaan bagi pengorbanan, persaudaraan dan cinta.
          Bagi pendapat Hamka, persahabatan adalah untuk sama-sama memperluaskan tujuan hidup dan mendekatkan antara satu jiwa dengan jiwa yang lain. Pendek kata, apa yang kita fahami daripada sebuah persahabatan itu bukan sekadar melibatkan hubungan kata-kata atau perbualan dalam berinteraksi antara satu sama lain sahaja.
          Tidak juga cukup dengan sekadar menggunakan bahasa tubuh sebagai alat yang menghubungkan antara seseorang insane dengan insane yang lain sahaja. Tetapi persahabatan itu adalah perasaan dan ikatan yang melibatkan jiwa.
          Persahabatan tidak mampu dikenalpasti secara tidak jujur kecuali dengan kata-kata dan tingkah laku. Namun, nilai harga persahabatan adalah naluri yang terlahir daripada jiwa. Nilai persahabatan itu hanya lebih dirasakan didalam diri. Keselesaan dan kebahagiaan yang lahir daripada jalinan persahabatan yang sebenar turut dinikmati oleh jiwa.
          Justeru, daripada apa yang terlahir dari dalam diri manusia itu barulah akan melahirkan kata-kata yang tulus ikhlas dan bahasa tubuh yang mengandungi norma-norma penghormatan yang sebenar.
          Bagi seseorang yang selalu memerhatikan dan mengambil pengajaran terhadap penilaian persahabatan ini, pasti dapat membezakan sama ada bahasa tubuh mahupun perkataan yang terkeluar daripada seseorang itu menunjukkan ketulusan hakiki ataupun sekadar lakonan semata-mata.
          Ini kerana sahabat itu perlu merupakan seorang yang bukan mengharapkan sesuatu daripada sahabatnya dan bukan juga kerana takutkan sesuatu.
          Sekiranya ada salah satu daripada sikap mengharap ataupun takutkan sesuatu barulah mahu menjalin persahabatan, itu bukan sahabat namanya. Lebih sesuai dan bertepatan sekiranya kita gelarkan seseorang yang menjalinkan persahabatan kerana mengharapkan ataupun takutkan sesuatu itu sebagai seorang pengampu ataupun seorang penakut.

“supaya engkau peroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.”-HAMKA-

“sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun pada saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.”

APA ITU SAHABAT

Popular Posts