gadis merah jambu membantu

Friday, April 1, 2011

Berkatalah Benar Walaupun Pahit...

Walaupun sikap benar sesama manusia itu banyak menghasilkan kebaikan, terutama sekali dalam aspek komunikasi dan pergaulan. Sebab itu lah nilai-nilai agama banyak memerintahkan dan menggalakkan supaya manusia itu berlaku benar dalam apa pun yang sering dia lakukan.

Tidak ada manusia yang suka diperlakukan tidak jujur atau pun ditipu. Inilah fitrah semula jadi manusia sejak dilahirkan. Kerana itulah agama mengutuk dan melarang sifat tidak jujur atau penipu. Ia bukan hanya semata-mata sebagai kehendak Tuhan untuk setiap hamba melakukan kebenaran. Tetapi ia adalah sesuatu yang terbaik dan diingini oleh setiap manusia.

Di dalam persahabatan, berlaku benar itu sering diperhatikan bahkan menjadi salah satu faktor untuk melabel atau mengiktiraf seorang teman itu sebagai seorang sahabat kita. Ini kerana persahabatan adalah hubungan yang memerlukan rasa saling memahami antara satu sama lain.

Justeru, daripada sikap benar itu lah seorang sahabat akan berusaha untuk memahami kehendak temannya. Sekiranya salah seorang daripada mereka tiada sikap untuk sentiasa berlaku benar, sememangnya adalah sukar untuk dia mendapat perhatian daripada sahabatnya supaya difahami mengenai perihal dirinya.



Seseorang itu sekiranya hendak memahami sahabatnya perlu dengan bertanya secara terus terang, memerhatikan sikap, perlakuan, bahasa tubuh badan, mimik muka, dan sebagainya. Semua orang mahu difahami supaya kehendaknya dapat dipenuhi. Setiap orang juga mahu diberikan perhatian supaya perasaannya lebih selesa.

Berlaku benar itu perlu ada dalam setiap yang kita lakukan. Termasuklah apa yang merangkumi tindakan dalam bentuk kata-kata, tindakan, perbuatan dan sebagainya. Kerana apa yang kita inginkan daripada seorang sahabat adalah perhatian dan pemahamannya tentang apa yang kita inginkan. Sekali gus berlaku benar itu memudahkan sahabat untuk memahami serta memberi peluang kepadanya untuk berbakti dan membantu sedaya-upaya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts