gadis merah jambu membantu

Wednesday, November 10, 2010

KISAH WANITA AGUNG -ZINNIRAH

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapisuasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Peganganaqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagisetiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalammengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwahRasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimindan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yangmembuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalahke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggulpengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap kedalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir.Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitusemasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karibbaginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yangbanyak menerima ujian daripada Allah S.W.T
Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dandijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattabuntuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah,tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalanganorang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahyakeimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Padaperingkat awal keIslamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secarasembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir,membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan.Semuanya dilakukan secara berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahuikeIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas dirihambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agamanenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama
Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliaumencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dantegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana maludipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorongRasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supayamemeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islamdan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah denganharapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam.Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang,dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanyadihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuhkepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besipanas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup denganpenuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahayakeimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangandi akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsarakerana aku sedar untuk mendapat syurga, aku terpaksa menagih ujian berat,sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirahkepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawarjiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannyasemakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai caciandilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhanLatta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri denganmengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatanUmar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allahmemberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengankaramah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T.dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua

No comments:

Post a Comment

Popular Posts