gadis merah jambu membantu

Wednesday, November 10, 2010

HAKIKAT SEBUTIR PERMATA HIASAN DUNIA

benarlah wanita itu ibarat permata, kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia. kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan. tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita. 
keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan reka bentuk sebutir permata diantara beribu-ribu permata yang terhampar.
jadi. andai dirinu dicipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.
andai dikau merasa dirimu tak seindah permata disekeliling mu, tiada apa yang perlu dirisaukan. mengapa tak perlu gusar? itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya. sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki. 
dia tidak memandang kepada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya, yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan. insan seperti ini wujud setiap masa dan dimana-mana sahaja, cuma kuantitinya sahaja yang  agak sedikit berbanding lelaki yang biasa. 
Allah sendiri berfirman di dalam surah Ali Imran yang mana Allah menegaskan " Jangan lah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman" 
mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahan mu tersimpan rapi di dalam diri, namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita yang bergelar muslimah sejati. 
ingatlah wanita yang baik untuk lelaki yang baik. dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula. semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan. wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkahlakunya, ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali. 
buat para muslimun, cari lah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian disana nanti iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insyaAllah. andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan tak mengapa. 
tak dinafikan memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita. itu semua ketentuan Tuhan. 
tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti. pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri yang sebaiknya. kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi disanalah kediaman yang abadi. itulah janji Tuhan. sesungguhnya Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya. 
kesimpulannya disini, keindahan wanita itu hanya terletak pada kesempurnaan agamanya. keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya. itulah fitrah manusia. tiada aoa yang kekal pada kita. oleh itu buat semua muslimah moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. 
" dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya. keturunannya, kekayaannya dan agamanya, maka pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tangan mu." 



No comments:

Post a Comment

Popular Posts