"..ish perempuan ni memang tak boleh di harap. suruh buat kerja semua tak boleh." rungut si Adam.
"memang perempuan ni lemah. kami tak mampu buat apa-apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.
sesungguhnya setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. dan kadang-kadang mungkin menjangkaui logik akal makhluknya. sebab itu lah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini. "kenapa kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan diatas muka bumi ini?" Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat, "sesungguhnya aku tahu apa yang kamu tidak tahu"
jika difikirkan samalah juga dengan penciptaan jantina lelaki dan perempuan. ada hikmah disebalik kejadian ini semua. masing-masing punya fitrah peribadi masing-masing. lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. perempuan pula dikenali dengan kelembutan dan emosi yang tinggi namun, PERSOALANNYA, BILA ITU KEADAANNYA, ADAKAH MARTABAT PEREMPUAN ITU DIRENDAHKAN OLEH ALLAH? ADAKAH BERMAKNA SESIAPA YANG DICIPTAKAN SEBAGAI WANITA MAKA DIA ADALAH MAKHLUK YANG LEMAH???
sedarlah..wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi lembut. dan kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. malah ia adalah lambang kecantikan dan moleknya wanita tersebut.. cuma kadang-kadang mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini mermain difikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka berharga. golongan ini lupa bahawa sesungguhnya disebalik kejayaan seorang lelaki, punya wanita disebaliknya..
saya pernah mendengar kata-kata daripada seorang sahabat tentang tuan guru nik abdul aziz. menteri besar kelantan. mungkin masyarakat melihatnya hebat, namun, ramai yang tidak mengetahui disebalik kehebatannya. dia sebenarnya ditampung dan di sokong oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. boleh rujuk buku baru "bidadari dari timur" untuk maklumat lanjut. kita lihat Rasulullah sendiri di awal islam itu dibina siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya Saidatina Khadijah. hebatnya insan yang bernama Khadijah ini sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.
jadi adakah benar perempuan ini lemah? jika perempuan tiada lelaki juga tidak teratur hidupnya, bahkan mungkin lelaki juga akan menjadi lemah. cuba kita bayangkan jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak ke kelam kabut dunia ni jadinya?? sebenarnya wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga cuma mungkin mereka terlupa bahawa diri mereka sangat berharga. sedarlah wahai wanita...
gadis merah jambu membantu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yang glamour dari post lain...
Popular Posts
-
ada tiga sudut ganjaran yang jelas dapat kita perhatikan yang terkandung di dalam kebaikan membantu ke arah kebaikan itu. PERTAMA: ganja...
-
suatu ketika ada seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya " ibu, kenapa ibu menangis?" ibunya menjawab "kerana ibu seorang ...
-
UNGU wanita yang suka warna ungu adalah: seorang yang murah hati, merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah, penuh inisiatif, pandai tapi t...
-
assalamualaikum... sahabat sering difahami sebagai teman, kawan, sobat, nyapang, jalis, handai, sekutu, taulan, rafik, syarik, dongan, ali...
-
Walaupun sikap benar sesama manusia itu banyak menghasilkan kebaikan, terutama sekali dalam aspek komunikasi dan pergaulan. Sebab itu lah ni...
-
assalamualaikum... janganlah kita menilai status sama ada dia bergelar sahabat ataupun kekasih untuk menjadikannya sebagai faktor utama k...
-
SOALAN: Apa alasan atau sebab larangan wanita menziarahi kubur? JAWAPAN: Pertama, ada larangan keras atas perbuatan tersebut dalam sabda N...
-
assalamualaikum... cinta kepada tuhan adalah cinta yang sebenar-benarnya. murninya cinta itu menjadikan semakin manusia mencintai tuhan s...
-
kenape ek laki zaman sekarang nie? igt perasaan pompuan nie ape? ntah la, sush la nk ckp, xtau nk describe cm ne. ntah la, bile knl sorg...
-
Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminy...
No comments:
Post a Comment