gadis merah jambu membantu

Sunday, November 14, 2010

~HIKMAH DIAM~

manusia berbicara setiap masa, bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia, jika bicara tidak mengikut adatnya, manusia akan merana didunia dan diakhirat. didunia akan dibenci, oleh manusia lain, manakala diakhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka. 
bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati, dan sia-sia. sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkara-perkara sia-sia. 

HIKMAH DIAM:
  1. sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  2. perhisan tanpa berhias.
  3. kehebatan tanpa kerajaan
  4. benteng tanpa pagar
  5. kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  6. istirehat kepada kedua-dua malaikat pencatat amal
  7. menutupi segala aib

MADAH DARI BERDIAM

"banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap"

"menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah bila memikirkan kesalahan orang"

kalau orang menghina kita, bikan kita yang terhina, yang sebenarnya orang itu sedang menghina dirinya sendiri tanpa sedar"

"manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam"

"bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih" 

"SAMPAIKAN LAH PESAN KU WLAUPUN CUMA SATU AYAT"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts